FAR CAPITAL TERMS OF SERVICE

This Terms of Service is updated as of 18th of December 2023.
Terma-Terma Perkhidmatan ini dikemaskini pada 18th December 2023.


  1. General Terms of Service
    Terma-Terma Perkhidmatan Am

  2. FAR Capital Sdn Bhd (“Company”) utilises technological advantage to perform property market research, real-estate analysis and provides information on property investment in relation to disposing, acquiring, renting, leasing, maintenance and management of real estate. 
    FAR Capital Sdn Bhd ("Syarikat") menggunapakai teknologi bagi menjalankan penyelidikan pasaran hartanah, analisis hartanah dan menyediakan maklumat mengenai pelaburan hartanah berhubung dengan pelupusan, pemerolehan, penyewaan, pajakan, penyelenggaraan dan pengurusan hartanah. 

  3. Whereas you as the customer, whom is desirous in engaging the Company’s services, acknowledges that the research data, reports, analysis (verbal or written), including but not limited to property suggestion and/or recommendations provided by the Company are based on the professional judgment upon data and information collected by the Company, whereby such data and information are subjected to general market movements, currency, economic, political and business risks to which you fully understand and accept that you are subject to such risks. 
    Manakala anda sebagai pelanggan, yang berniat untuk melantik perkhidmatan-perkhidmatan Syarikat, mengakui bahawa data penyelidikan, laporan-laporan, analisa-analisa (secara lisan atau bertulis), termasuk tetapi tidak terhad kepada cadangan-cadangan hartanah dan / atau nasihat-nasihat yang dibekalkan oleh Syarikat adalah berdasarkan pertimbangan profesional terhadap data dan maklumat yang dikumpulkan oleh Syarikat, di mana data dan maklumat-maklumat tersebut tertakluk kepada pasaran umum, risiko mata wang, ekonomi, politik dan risiko perniagaan yang anda mengakui dan menerima sepenuhnya bahawa anda tertakluk kepada risiko tersebut. 

  4. In engaging in the Company’s services, you shall nonetheless be required to perform your own due diligence and obtain professional advice from alternative sources as you shall retain absolute discretion over your investment decisions.
    Dalam pelantikan perkhidmatan Syarikat, anda tetap dikehendaki melakukan usaha wajar anda sendiri dan mendapatkan nasihat profesional daripada sumber-sumber alternatif memandangkan anda akan mengekalkan budi bicara mutlak atas keputusan pelaburan anda.

  5. Accordingly, these Terms of Service as well as the First Schedule annexed hereto sets out your rights and obligations as a customer regarding the use of the services rendered by the Company. 
    Berikutannya, Terma-Terma Perkhidmatan serta Jadual Pertama ini membentangkan hak-hak dan kewajipan-kewajipan anda sebagai pelanggan mengenai penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan oleh Syarikat. 


  6. Your access to and use of the services rendered by the Company is conditioned on your acceptance of and compliance with these Terms of Service.
    Akses anda terhadap dan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan oleh Syarikat adalah tertakluk kepada penerimaan dan pematuhan anda terhadap Terma-Terma Perkhidmatan ini.


  7. Your access to and use of the service is also conditioned on your acceptance of and compliance with the Personal Data Protection and Non-Disclosure Policies of the Company. 
    Akses dan penggunaan Perkhidmatan di sini oleh anda juga tertakluk kepada penerimaan dan pematuhan anda terhadap Polisi Perlindungan Data Peribadi dan Polisi Kerahsiaan Syarikat. 


  8. Should you disagree with any part of these Terms of Service, you are at full liberty to not access the service.
    Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian Terma-Terma Perkhidmatan ini, anda mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengakses Perkhidmatan ini.


  9. SUBSCRIPTION FEES AND PAYMENT SCHEDULE
    YURAN LANGGANAN DAN JADUAL PEMBAYARAN


  10. Before or upon execution of these Terms of Service, you as the customer shall pay the agreed fees.
    Sebelum atau semasa pelaksanaan Terma-Terma Perkhidmatan ini, anda sebagai pelanggan dikehendaki membayar yuran-yuran yang dipersetujui:-


  11. In event of default or breach of any of the terms by you under this Terms of Service, the Company shall forthwith terminate this Terms of Service and all services provided to you. 
    Sekiranya berlaku keingkaran atau pelanggaran mana-mana terma oleh anda di bawah Terma-Terma Perkhidmatan ini, Syarikat akan menamatkan Terma-Terma Perkhidmatan ini secara serta-merta termasuk semua perkhidmatan yang diberikan kepada anda.


  12. The payment above shall not include any surcharges, administrative fee, booking fees, legal fees, stamp duty or any other charges which you may encounter during the course of your investment. 
    Jumlah bayaran di atas tidak termasuk sebarang surcaj, yuran pentadbiran, yuran tempahan, yuran guaman, duti setem atau sebarang caj lain yang mungkin anda hadapi semasa pelaburan anda. 


  13. You shall not be entitled to select or change an alternative package (upgrade or downgrade) upon your selection of a package herein. Notwithstanding, the Company retains the discretion to allow any customer to upgrade or downgrade any selected package on a case-to case basis. 
    Anda tidak berhak untuk memilih atau mengubah pakej anda (naik taraf atau turun taraf) selepas pemilihan pakej di sini. Namun, Syarikat merizabkan hak untuk membenarkan mana-mana pelanggan untuk menaiktaraf atau menurun taraf mana-mana pakej yang telah dipilih atas dasar kes-demi-kes. 


  14. All fees payable above are inclusive of 6% Sales & Services Tax (“SST”) or any other tax structure implemented by the Malaysian government at the given time. 
    Semua fi yang perlu dibayar di atas adalah termasuk 6% Cukai Jualan & Perkhidmatan ("SST") atau mana-mana struktur cukai lain yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia pada masa tersebut.
     

  15. Nothing herein shall preclude the Company from correcting, at any time, any error or discrepancy in the amount stated in the invoice(s) issued by the Company.
    Tiada apa-apa terma di sini yang akan melucutkan hak Syarikat daripada membetulkan, pada bila-bila masa, apa-apa kesilapan atau percanggahan dalam jumlah yang dinyatakan dalam invois(-invois) yang diisukan oleh Syarikat.


  16. REFUND POLICY
    POLISI BAYARAN BALIK


  17. In Company’s spirit of improving your financial wellbeing at no financial risk on your part in circumstances that are not possible to overcome in your best effort, the Company offers a full refund policy should the Digital Course be materially different from those advertised during your purchase or where the Company fails to schedule a consultation session with you.
    Bagi meningkatkan kemampuan kewangan anda tanpa risiko kewangan terhadap pihak anda, Syarikat menawarkan polisi bayaran balik penuh sekiranya kursus digital adalah berbeza secara matan dengan pengiklanannya semasa anda pembelian anda atau di mana Syarikat gagal untuk menjadualkan sesi perundingan.


  18. For avoidance of doubt, you shall not be entitled to a full refund in the event where seven (7) days has lapsed since you received the digital course or where you fail, refuse, neglect to and/or indolently not utilise the Company’s services provided to you which shall include but not limited to, non-usage of the Company’s services, and non-commitment to work towards achieving personal target despite being provided action items which are agreed upon to be within your means and capability during the first consultation session.
    Bagi mengelakkan keraguan, anda tidak berhak mendapat bayaran balik sepenuhnya sekiranya anda telah menerima kursus digital lebih daripada tujuh (7) hari atau di mana anda gagal, enggan, cuai untuk dan/atau atas sebab kemalasan tidak menggunakan perkhidmatan Syarikat yang disediakan kepada anda yang termasuk tetapi tidak terhad kepada, tidak menggunakan portal pendidikan, tidak menjalankan penilaian kewangan, dan ketidakkehadiran latihan peribadi, dan tidak komited untuk berusaha untuk mencapai sasaran peribadi meskipun dibekalkan dengan instrumen-instrumen tindakan yang telah dipersetujui berdasarkan kemampuan dan keupayaan anda sewaktu sesi perundingan pertama. 


  19. In event of a refund, the nett sum refundable shall exclude the 6% SST paid or any other tax structure implemented by the Malaysian government at any given time.
    Sekiranya berlaku bayaran balik, jumlah yang boleh dikembalikan adalah tidak termasuk SST 6% atau mana-mana struktur cukai lain yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada bila-bila masa.


  20. PERSONAL DATA PROTECTION
    PERLINDUNGAN DATA PERIBADI


  21. You hereby acknowledge and consent that the Company, its associated companies, FAR Digital Ventures Sdn Bhd (“FDV”) and FAR Academy Sdn Bhd (“FA”) or any other authorised affiliates shall collect and retain your personal information, including but not limited to, your name, national registration identity card, gender, residential address(es), e-mail address(es), mobile phone number(s), financial information, credit score record(s), and any other sensitive personal data.
    Anda mengakui dan bersetuju bahawa Syarikat, syarikat bersekutunya, FAR Digital Ventures Sdn Bhd ("FDV") dan FAR Academy Sdn Bhd (“FA”) atau mana-mana syarikat bersekutu lain akan mengumpul dan menyimpan maklumat peribadi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama anda, kad pengenalan pendaftaran nasional, jantina, alamat kediaman, alamat e-mel, nombor telefon bimbit, maklumat kewangan, rekod kredit, dan mana-mana data peribadi sensitif yang lain.


  22. You hereby acknowledge that the Company, FDV, FA and or authorised affiliates (including their authorised personnel) shall only collect and process your personal information for the following purposes:-
    Anda dengan ini mengakui bahawa Syarikat, FDV, FA, dan mana-mana syarikat bersekutu lain (termasuk kakitangan yang diberi kuasa) hanya akan mengumpul dan memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:
  23. internal record;
    rekod sendirian;


  24. to keep you updated on any newsletters and new benefits available at the Company;
    untuk memastikan anda mendapat maklumat terkini atas sebarang surat berita dan faedah-faedah yang tersedia di Syarikat;


  25. to fulfil the obligations under this Terms of Service, including but not limited to, financial screening and advising you thereon; and 
    untuk memenuhi kewajipan-kewajipan di bawah Terma-Terma Perkhidmatan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada, penilaian kewangan dan menasihati anda mengenainya; dan 


  26. any other purposes permissible under the Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA 2010”). 
    sebarang tujuan lain yang dibenarkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA 2010"). 


  27. You further acknowledge that the Company, FDV, FA and other authorised affiliates (including their authorised personnel) shall not disclose any of your personal data to any unaffiliated third parties save and except in the following scenarios:- 
    Anda selanjutnya mengakui bahawa Syarikat, FDV, FA dan mana-mana syarikat bersekutu lain (termasuk kakitangan mereka yang diberi kuasa) tidak akan mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak berkaitan kecuali dan melainkan dalam situasi-situasi berikut:-


  28. with your prior written consent; 
    dengan persetujuan bertulis anda terlebih dahulu; 


  29. disclosure to any persons or service providers in order for the Company, FDV, FA and other authorised affiliates to fulfill its obligations under this Terms of Service, including but not limited to your referrer or upline, financier(s), credit score entities, and developers; or
    pendedahan kepada mana-mana orang atau pembekal perkhidmatan agar Syarikat, FDV, FA dan mana-mana syarikat bersekutu lain dapat memenuhi kewajipannya di bawah Terma-Terma Perkhidmatan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada perujuk atau upline ahli pihak atasan anda, institusi kewangan, entiti skor kredit, dan pemaju; atau


  30. as and when required by the applicable law without contravening the PDPA 2010.
    apabila dikehendaki oleh undang-undang matan yang terpakai tanpa melanggar PDPA 2010 


  31. You are put to notice that the Company, FDV and FA have employed adequate security measures in place and in compliance with applicable laws and regulations in Malaysia including the PDPA 2010.
    Anda dimaklumkan bahawa Syarikat, FDV dan FA telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia termasuk PDPA 2010.


  32. You may at any given time, request access to your personal data and update your personal data in order to correct your data.
    Anda boleh pada bila-bila masa, memohon akses kepada data peribadi anda dan mengemas kini data peribadi anda bagi membetulkan data anda.


  33. By submitting your personal data and agreeing to the terms herein, you consent to the use of that personal data on purposes set out above. Should there be changes to this policy, the Company shall publish the updated version on this page.
    Dengan menyerahkan data peribadi anda dan bersetuju dengan terma di sini, anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi tersebut atas tujuan yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat perubahan pada polisi ini, Syarikat akan menerbitkan versi terkini yang dikemaskini di halaman ini.


  34. Should you have any questions regarding the Company’s Personal Data Protection policy, please contact the Data Protection Officer at [email protected].
    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Polisi Perlindungan Data Peribadi Syarikat, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data di
    [email protected].

  35. CONFIDENTIALITY (DUTY OF NON-DISCLOSURE)
    KERAHSIAAN (KEWAJIPAN UNTUK TIDAK MENDEDAHKAN)


  36. You hereby acknowledge and agree that all data, materials and information, in any format, provided by the Company in carrying out this Terms of Service shall at all times, belong to the Company and shall be treated as confidential.
    Anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa semua data, bahan dan maklumat, dalam apa jua format, yang disediakan oleh Syarikat dalam melaksanakan Terma-Terma Perkhidmatan ini pada setiap masa, adalah hakmilik Syarikat dan akan dianggap sebagai sulit.


  37. For the purposes of this Terms of Service, “Confidential Information” shall mean include but not limited to, the terms of this Terms of Service, all information relating to our client and potential client, real estate property details and specific information shared only within the Company’s events and groups (including but not limited to property developments or projects information by any real estate developer, events, businesses, plans, technology, finances and affairs of the Company including but not limited to customer records, databases; developmental, marketing, sales, supplier, consulting relationship information, operating, performance, and cost information, whether in tangible or intangible form but shall exclude any information which is:-
    Untuk tujuan Terma-Terma Perkhidmatan ini, "Maklumat Sulit" termasuk tetapi tidak terhad kepada, syarat-syarat Terma-Terma Perkhidmatan ini, semua maklumat yang berkaitan dengan setiap pelanggan dan pelanggan berpotensi, butiran harta tanah dan maklumat khusus yang dikongsi hanya dalam acara dan kumpulan Syarikat (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembangunan hartanah atau maklumat projek oleh mana-mana pemaju hartanah, acara, perniagaan, rancangan, teknologi, kewangan dan hal ehwal Syarikat termasuk tetapi tidak terhad kepada rekod pelanggan, pangkalan data; maklumat perkembangan, pemasaran, jualan, pembekal, maklumat perundingan, operasi, prestasi, dan kos, sama ada dalam bentuk ketara atau tidak ketara tetapi tidak termasuk apa-apa maklumat berikut, yakni:-


  38. those in the public domain or was publicly known or available prior to the date of the disclosure; or
    yang mana dalam domain awam atau diketahui umum atau sedia ada sebelum tarikh pendedahan; atau


  39. rightfully in your possession prior to the disclosure of such information.
    adalah dalam milikan ketuanpunyaan sewajarnya sebelum pendedahan maklumat tersebut.


  40. You hereby undertake that you and/or your investment partner(s) (if any) shall at all times, not disclose any Confidential Information obtained upon execution of this Terms of Service save and except with the written consent of the Company.
    Anda dengan ini berakujanji bahawa anda dan/atau rakan pelaburan anda (sekiranya ada) dikehendaki pada setiap masa, tidak mendedahkan apa-apa Maklumat Sulit yang diperoleh semasa pelaksanaan Terma-Terma Perkhidmatan ini kecuali dengan persetujuan bertulis Syarikat.


  41. You further undertake that you and/or your investment partner(s) (if any) shall continue to be bound by such duty of non-disclosure upon expiration or termination of this Terms of Service.
    Anda selanjutnya berakujanji bahawa anda dan / atau rakan kongsi pelaburan anda (sekiranya ada) akan terus terikat dengan kewajipan untuk tidak mendedahkan tersebut apabila tamat tempoh atau pembatalan Terma-Terma Perkhidmatan ini. 


  42. In event of breach of duty of non-disclosure herein, you hereby acknowledge and agree that you shall forthwith return or destroy all of the Company’s confidential information upon the Company’s notice, provide an account of profits and/or keep the Company fully indemnified against all losses arising from such breach.
    Sekiranya berlaku kemungkiran kewajipan untuk tidak mendedahkan di sini, anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa anda dikehendaki memulangkan atau memadamkan segala Maklumat Sulit sekiranya diberikan notis oleh Syarikat, memberikan akaun keuntungan dan/atau anda akan menanggung rugi Syarikat sepenuhnya atas dasar indemniti terhadap segala kerugian yang timbul akibat kemungkiran tersebut.


  43. REPRESENTATIONS AND WARRANTIES BY THE CUSTOMER
    REPRESENTASI DAN WARANTI OLEH PELANGGAN


  44. You hereby represent and warrants as follows:-
    Anda memberi representasi dan jaminan seperti berikut:-


  45. you are 18 years of age or above;
    anda berumur 18 tahun ke atas; 


  46. the personal data and information provided to the Company, FDV and FA are accurate and truthful;
    data peribadi dan maklumat yang diberikan kepada Syarikat, FDV dan FA adalah tepat dan benar;


  47. you shall immediately notify the Company of any change in the information provided or communicated made to the Company, including but not limited to information regarding your corresponding address and/or payment details;
    anda dikehendaki atas kadar segera memaklumkan Syarikat berkenaan apa-apa perubahan dalam maklumat yang diberikan atau dibekalkan kepada Syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat mengenai alamat dan / atau butiran pembayaran anda; 


  48. in the event you intend to enter into a legally binding agreement or contract with any third parties in any circumstances, including but not limited to the acquisition, purchase, sale and rental of a property, you shall seek the appropriate independent professional advice and conduct independent due-diligence before proceeding as such;
    Sekiranya anda berniat untuk memasuki perjanjian atau kontrak secara sah dengan mana-mana pihak ketiga dalam sebarang keadaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemerolehan, pembelian, penjualan dan penyewaan hartanah, anda dikehendaki mendapatkan nasihat profesional bebas dan menjalankan usaha wajar bebas sebelum meneruskan yang sama;


  49. you acknowledge that there are inherent risks in any forms of investment to which you shall not hold the Company liable for any losses or damages incurred as a result of any unsuccessful investment arising from the Company’s advice;
    anda mengakui bahawa terdapat risiko yang wujud dalam sebarang pelaburan yang mana Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat pelaburan tersebut yang tidak berjaya dan timbul daripada nasihat Syarikat;


  50. you shall not resell the services rendered by the Company or impose any charge on others to view the services, nor will you rebroadcast, reproduce, transmit, compress, modify, perform, display, record, publicly perform, duplicate, distribute, tamper, interfere, impose, remove, alter, add or delete the services in any form whatsoever;
    anda tidak akan menjual semula perkhidmatan yang dibekalkan oleh Syarikat atau mengenakan apa-apa caj kepada orang lain untuk melihat perkhidmatan tersebut, dan anda juga tidak akan menyiarkan semula, menghasilkan semula, menghantar, memampatkan, mengubah suai, melaksanakan, memaparkan, merekod, melaksanakan secara terbuka, membuat pendua, mengedar, mengusik, mengganggu, mengenakan, mengeluarkan, mengubah, menambah atau memadam perkhidmatan dalam apa jua bentuk; 


  51. you shall not record, copy or reproduce the services or any part thereof other than the purpose of private use as permitted by the Copyright Act 1987 (as amended from time to time);
    anda tidak boleh merekod, menyalin atau mengeluarkan semula perkhidmatan atau mana-mana bahagiannya selain daripada tujuan penggunaan peribadi selaras dengan Akta Hak Cipta 1987 (yang dipinda dari semasa ke semasa); 


  52. you shall not either as a principal, agent, employee, employer, consultant, co-partner or otherwise, or in any other individual or representative capacity, directly or indirectly, render any services and/or engage with competitors that are in the business of property investment and property education products including, primary market properties for investment purposes;
    anda tidak boleh sama ada sebagai prinsipal, ejen, pekerja, majikan, perunding, rakan kongsi bersama atau sebaliknya, atau dalam mana-mana kapasiti individu atau wakil, secara langsung atau tidak langsung, memberikan apa-apa perkhidmatan dan/atau terlibat dengan pesaing yang berada dalam perniagaan pelaburan hartanah dan produk pendidikan hartanah termasuk, hartanah pasaran utama untuk tujuan pelaburan;  


  53. you shall not interfere with the day-to-day operations and running of the Company which shall include but not limited to, interference with other clients or and/or fettering their investment decisions; and 
    anda tidak akan mengganggu operasi harian Syarikat yang termasuk tetapi tidak terhad kepada, gangguan kepada pelanggan lain atau dan/atau menjejaskan keputusan pelaburan mereka; dan 


  54. you shall immediately inform the Company upon the discovery of any theft, piracy or other unauthorized usage of the services.
    anda dikehendaki dengan serta-merta memaklumkan Syarikat apabila mendapati sebarang kecurian, cetak rompak atau penggunaan Perkhidmatan yang tidak dibenarkan. 


  55. INDEMNITY
    INDEMNITI


    You hereby acknowledge and agree that you shall indemnify on a full indemnity basis and hold the Company harmless from all or any actions, suits, proceedings, claims, demands, costs and expenses whatsoever which may be brought against, made upon or incurred by the Company during the course of this Terms of Service (in particular, the duty of non-disclosure), or the exercise of any of its powers, duties or authorities under this Terms of Service save and except where such liability, loss or damage arises from the default and or negligence of the Company or its employees.
    Anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa anda akan menanggung segala kerugian atas dasar indemniti penuh dan memastikan Syarikat tidak terdedah kepada semua atau mana-mana tindakan, saman, prosiding, tuntutan, kos dan perbelanjaan apa pun yang boleh dituntut, yang mungkin dibuat ke atas atau ditanggung oleh Syarikat semasa atau akibat daripada pelaksanaan kewajipan anda (khususnya, kewajipan untuk tidak mendedahkan), atau semasa menjalankan mana-mana hak, tugas atau kuasa di bawah Terma-Terma Perkhidmatan ini kecuali dan melainkan liabiliti, kerugian atau kerosakan tersebut adalah akibat keingkaran dan kecuaian Syarikat atau pekerjanya.


  56. LIQUIDATED ASCERTAINED DAMAGES
    GANTI RUGI YANG DITENTUKAN


  57. Without prejudice to the remedies in this Terms of Service and those available at law, you hereby agree that the Company shall be entitled to claim from you as Liquidated Ascertained Damages in event of the following breaches:-
    Tanpa prejudis terhadap remedi dalam Terma-Terma Perkhidmatan ini dan yang sedia ada di sisi undang-undang, anda dengan ini bersetuju bahawa Syarikat berhak untuk menuntut daripada anda sebagai Ganti Rugi Yang Ditentukan sekiranya berlaku pelanggaran berikut:-


  58. occurrence of fraud, theft, or misuse of other person’s information by you – RM1,000.00
    kejadian penipuan, kecurian, penyalahgunaan maklumat orang lain oleh pihak anda – RM1,000.00 


  59. breach of duty of non-disclosure - up to a maximum of RM 10,000.00.
    pelanggaran kewajipan untuk tidak mendedahkan - sehingga maksimum RM 10,000.00.


  60. SEVERABILITY
    PENGASINGAN


    If any part of this Terms of Service is declared invalid or void, the remaining parts of this Terms of Service shall be valid and enforceable.
    Sekiranya mana-mana bahagian Terma-Terma Perkhidmatan ini diisytiharkan sebagai tidak sah atau adalah tidak sah, bahagian Terma-Terma Perkhidmatan ini yang selebihnya adalah masih sah dan boleh dikuatkuasakan.



  61. ASSIGNEES AND SUCCESSORS IN TITLE
    PENERIMA HAKMILIK DAN PENGGANTI 


    You may not assign any of your rights and/or obligations hereunder without the prior written consent of the Company.
    Anda tidak boleh menyerahkan mana-mana hakmilik dan/atau kewajipan anda di bawah ini tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Syarikat. 


  62. NOTICES
    NOTIS


  63. Any communication or notice to the Company shall be in writing to its address at Office Suite 15-7, Menara 1MK, No. 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur and marked for the attention of the “Client Relations (CR) Department” or emailed to [email protected].
    Sebarang komunikasi atau notis kepada Syarikat dikehendaki secara bertulis ke alamat di Office Suite 15-7, Menara 1MK, No. 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur dan ditandakan untuk perhatian "Jabatan Perhubungan Pelanggan (CR)" atau menghantar e-mel kepada
    [email protected].

  64. All correspondence and notices by the Company to you shall be:-
    Semua penyuratan dan notis oleh Syarikat kepada anda adalah melalui:-


  65. to the mailing address provided by you;
    ke alamat surat-menyurat yang anda berikan;


  66. to your e-mail address registered with the Company;
    ke alamat e-mel anda yang berdaftar dengan Syarikat;


  67. published on the Company’s website and social media pages; or
    diterbitkan di laman web Syarikat dan halaman media sosial; atau


  68. in such other medium as the Company may deem appropriate.
    dalam medium lain yang dianggap sesuai oleh Syarikat.


  69. Notices in writing shall be deemed received upon hand delivery or upon the fifth business day after posting.
    Notis bertulis akan dianggap diterima semasa penghantaran peribadi atau pada hari perniagaan kelima selepas pengeposannya. 


  70. Notices by email shall be deemed received upon electronic confirmation of the transmission of the email.
    Notis melalui e-mel akan dianggap diterima selepas pengesahan elektronik penghantaran e-mel.


  71. TIME 
    Masa


    Time wherever referred in this Terms of Service shall be of the essence.
    Masa di mana sahaja dirujuk dalam Terma-Terma Perkhidmatan ini adalah diutamakan.


  72. GOVERNING LAW
    UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAPAKAI


    This Terms of Service will be governed and construed in accordance with the laws of Malaysia whereby parties shall also submit to the exclusive jurisdiction of the Malaysian Courts. 
    Terma-Terma Perkhidmatan ini akan ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia di mana pihak-pihak juga menyerah kepada bidangkuasa eksklusif Mahkamah-Mahkamah Malaysia.


  73. GENERAL
    UMUM


  74. Preambles, schedules and annexures wherever referenced shall be deemed to be essential part of this Terms of Service.
    Mukadimah, jadual dan lampiran di mana sahaja dirujuk akan dianggap sebagai bahagian penting dalam Terma-Terma Perkhidmatan ini.


  75. Words imparting the singular number only shall include the plural and vice versa.
    Perkataan yang memberikan makna nombor tunggal hanya hendaklah termasuk penggandaannya dan sebaliknya.


  76. No failure or omission by either party to carry out the terms and conditions of this Terms of Service will give rise to any claim against the party in question or be deemed a breach of the Terms of Service if such failure or omission arises from any cause beyond the reasonable control of that party.
    Kegagalan atau ketiada-tindakan oleh mana-mana pihak untuk melaksanakan terma dan syarat Terma-Terma Perkhidmatan ini tidak akan mengakibatkan sebarang tuntutan terhadap pihak yang berkenaan atau dianggap sebagai pelanggaran Terma-Terma Perkhidmatan sekiranya kegagalan atau ketiada-tindakan tersebut adalah di luar kawalan munasabah pihak tersebut.


  77. Should there be any discrepancy arising from the English version and the Bahasa Malaysia version, the terms in this English version shall prevail and be applicable herein.
    Sekiranya terdapat percanggahan yang timbul daripada versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, terma dalam versi Bahasa Inggeris ini akan digunapakai dan terpakai di sini.


  78. This Terms of Service constitutes the entire understanding between parties whereby all prior or contemporaneous agreements, understandings, representations and statements shall be merged into and superseded by this Terms of Service.
    Terma-Terma Perkhidmatan ini merupakan keseluruhan persefahaman antara pihak-pihak di mana semua perjanjian, pemahaman, representasi dan pernyataan sebelum ini akan digabungkan dan digantikan oleh Terma-Terma Perkhidmatan ini.


  79. This Terms of Service may be modified and amended by the Company from time to time whereas you shall not modify or amend these terms save and except with mutual agreement in writing between parties.
    Terma-Terma Perkhidmatan ini mungkin diubasuai atau dipinda oleh pihak Syarikat pada bila-bila masa manakala anda tidak dibenarkan untuk diubahsuai dan dipinda kecuali dan melainkan persetujuan bersama secara bertulis antara pihak-pihak.


  80. No failure of a party to insist upon strict performance by the other party of any of the terms and conditions of this Terms of Service shall constitute or be deemed as a waiver of any such term or condition. Any waiver thereof shall be done in writing.
    Kegagalan suatu pihak untuk mendesak prestasi atas pihak lain dari mana-mana terma dan terma Terma-Terma Perkhidmatan ini akan menjadi atau dianggap sebagai pengenepian mana-mana terma atau terma tersebut. Apa-apa pengenepian daripadanya hendaklah dilakukan secara bertulis
    .

  81. Nothing herein this Terms of Service shall create a partnership or joint venture relationship between Parties.
    Tiada apa dalam Terma-Terma Perkhidmatan ini yang akan mewujudkan suatu hubungan perkongsian atau hubungan usaha sama antara Pihak-Pihak.


  82. COMPREHENSION OF TERMS OF SERVICE
    PEMAHAMAN TERMA-TERMA PERKHIDMATAN


    You hereby agree and acknowledge that you have fully read and understood this Terms of Service and that you shall be bound by the provisions herein.
    Anda dengan ini bersetuju dan mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami sepenuhnya Terma-Terma Perkhidmatan ini dan bahawa anda akan terikat dengan peruntukan di sini.




First Schedule
Jadual Pertama

(to be read and construed as an essential part of the Terms of Service)
(Untuk dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian penting Terma-Terma Perkhidmatan)


1. Digital Course
Kursus Digital


1.1 You shall be given access to property investment related content via the Digital Course.

Anda akan diberi akses kepada kandungan berkaitan pelaburan hartanah melalui Kursus Digital secara atas talian.


1.2 The Company’s obligations under this scope shall be deemed completed upon you gaining access to the Digital Course.

Kewajipan-Kewajipan Syarikat di bawah skop ini akan dianggap ditunaikan apabila anda mendapat akses kepada kandungan Kursus Digital. 


1.3 By using the Company’s Digital Course, you acknowledge that whilst the Company strives to keep the Digital Course contents as updated as possible - any techniques, methods or advice contained in the Digital Course may be subject to change at any time due to general market movements, currency, economic, political and business risks. 

Dengan menggunakan Kursus Digital Syarikat, anda mengakui bahawa walaupun Syarikat berusaha untuk memastikan kandungan Kursus Digital dikemaskini sebaik mungkin - sebarang teknik, kaedah atau nasihat yang terkandung dalam Kursus Digital mungkin tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa disebabkan oleh pergerakan pasaran umum, mata wang , risiko ekonomi, politik dan perniagaan.


1.4 By making any investment decisions or by entering into any contractual obligations, you further acknowledge that such decisions and execution of the contractual obligations shall not be upon the sole reliance towards the contents of the Digital Course or advice rendered by the Company’s employees. You acknowledge that you are at the full liberty to seek independent professional advice and conduct independent due-diligence towards the intended investment and there shall be inherent risks for investments in any nature and you shall not hold the Company liable for losses, damages or claims arising from your investment decisions.

Dengan membuat sebarang keputusan pelaburan atau dengan memasuki mana-mana kontrak, anda selanjutnya mengakui bahawa keputusan dan pelaksanaan obligasi kontrak tersebut tidak hanya bergantung sahaja terhadap kandungan Kursus Digital atau nasihat yang diberikan oleh kakitangan syarikat. Anda mengakui bahawa anda mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk mendapatkan nasihat profesional bebas dan menjalankan usaha wajar bebas terhadap pelaburan yang diniatkan dan anda turut mengakui bahawa mana-mana pelaburan mempunyai risikonya dan Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan atau tuntutan yang timbul daripada keputusan pelaburan anda tersebut.


1.5 By using the Company’s Digital Course, you acknowledge that the contents of the Digital Course are strictly confidential and shall not be disclosed to any third parties save and except with the written consent of the Company. You shall not alter, modify, resell and/or redistribute the Digital Course for monetary or non-monetary gains. The Company retains the absolute right over any licenses, intellectual property interest and rights over the Digital Course.

Dengan menggunakan Kursus Digital Syarikat, anda mengakui bahawa kandungan Kursus Digital bersifat sulit dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga kecuali melainkan kebenaran bertulis daripada Syarikat. Anda tidak dibenarkan untuk mengubah, meminda, menjual semula dan/atau mengedarkan Kursus Digital untuk keuntungan kewangan atau bukan kewangan. Syarikat merizabkan hak mutlak atas mana-mana lesen, hak intelek dan kepentingan terhadap Kursus Digital tersebut.


2. Financial Screening
Penilaian Kewangan


2.1 The Company shall conduct financial screening upon you and your nominated investment partners (if any) based on the information and supporting documents provided.

Syarikat akan menjalankan penilaian kewangan ke atas anda dan rakan-rakan pelaburan yang anda calonkan (sekiranya ada) berdasarkan maklumat dan dokumen sokongan yang diberikan.


2.2 You shall receive the financial screening result which shall include your estimated loan eligibility and debt-to-service ratio (DSR).

Anda akan menerima hasil penilaian kewangan yang termasuk anggaran kelayakan pinjaman dan nisbah hutang kepada perkhidmatan (DSR) anda. 


2.3 Should you fail to furnish any information or supporting documents to the Company within twenty-one (21) days upon execution of this Terms of Service, you hereby grant the Company the unconditional right to conduct the financial screening based on credit information obtained from authorised public credit database (including but not limited to CTOS).

Sekiranya anda gagal memberikan sebarang maklumat atau dokumen-dokumen sokongan kepada Syarikat dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas Terma-Terma Perkhidmatan ini, anda dengan ini memberikan Syarikat hak tanpa syarat untuk menjalankan penilaian kewangan berdasarkan maklumat kredit yang diperoleh daripada pangkalan data kredit awam yang dibenarkan (termasuk tetapi tidak terhad kepada CTOS). 


2.4 The Company’s obligations under this scope shall be deemed completed upon you being given your first financial screening result(s).

Kewajipan-Kewajipan Syarikat di bawah skop ini akan dianggap ditunaikan apabila anda diberikan keputusan(-keputusan) penilaian kewangan pertama anda. 


2.5 The Company may require you and your nominated investment partners (if any) to conduct subsequent financial screenings (additional fees may apply) at any given time before rendering you any further advice on your investment considerations.

Anda dan rakan-rakan pelaburan yang anda calonkan (sekiranya ada) mungkin dikehendaki oleh pihak Syarikat untuk menjalankan pemeriksaan kewangan berikutnya (tertakluk kepada fi tambahan) pada bila-bila masa sebelum memberi anda sebarang nasihat lanjut mengenai pertimbangan pelaburan anda.



3. 1-to-1 Consultation with Success Manager (only in force to users paying for this service)
Perundingan 1-to-1 dengan Success Manager (hanya berkuatkuasa terhadap pengguna yang membayar untuk perkhidmatan ini)


3.1 You shall be given access to the Company’s 1-to-1 Consultation sessions with the Company’s dedicated Success Manager, consisting of selected employees only on a one-off basis.

Anda akan diberi akses terhadap sesi-sesi Perundingan 1-to-1 dengan Success Manager Syarikat, yang terdiri daripada kakitangan-kakitangan Syarikat yang terpilih sahaja untuk sekali sahaja.


3.2 The Company shall not be held liable under this obligation in the event where you fail to schedule a 1-to-1 Consultation session with the Company’s Success Manager.

Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemungkiran kewajipan sekiranya anda gagal untuk menjadualkan sesi Perundingan 1-to-1 dengan Success Manager Syarikat. 




  • The particulars of the customer purchasing the Company’s package are as follows:- 
    Butiran-butiran pelanggan yang telah membeli Pakej Syarikat adalah seperti yang dinyatakan berikut: -


Full name (as per NRIC/Passport):
Nama penuh (seperti dalam Kad Pengenalan/Pasport):

NRIC/Passport No.:
No Kad Pengenalan/Pasport:


  • The particulars of the package are as follows:- 
    Butiran-butiran pakej adalah seperti berikut:-


Package Price - RM299.00


Package Includes:-

Digital Course*

One (1) Session Financial Screening**

One (1) Session 1-to-1 Consultation***

Property Infopack (Ownstay and Investment Selection) 

Property Deals (Ownstay Selection only)



Harga Pakej - RM299.00


Pakej Termasuk:-

Kursus Digital*

Satu (1) sesi Penilaian Kewangan**

Satu (1) Sesi Perundingan 1-to-1 ***

Infopek Hartanah (Ownstay dan Pelaburan) 

Tawaran Hartanah (Ownstay sahaja)


* Additional Terms of Service in respect of these services are as described at the First Schedule.
* Terma-Terma Perkhidmatan khusus bagi perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah dilampirkan Jadual Pertama.